KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengaku terpaksa melepaskan jawatannya atas sebab kesihatan.
Menurut laporan media, Ketua Pesuruhjaya Pas Kelantan itu sudah memaklumkan hasratnya kepada pimpinan parti sejak awal tahun ini.
“Saya tidak sihat. Saya jatuh dua kali dan mendapat slipped disc.
“Saya juga ada masalah jantung,” katanya kepada pemberita selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut, Kelantan hari ini.
Calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan itu turut mengakui usia juga antara faktor menyebabkannya membuat keputusan itu.
Bekas guru berusia 73 tahun itu dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 2013 bagi menggantikan Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: