Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

BESUT – Individu pertama yang selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nering, di sini, merupakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau menunaikan tanggungjwabnya pada pukul 8.04 pagi.

Ahmad Samsuri yang berkemeja batik turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan para pengundi dan petugas pilihan raya.

Menteri Besar terengganu itu akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang berdepan dengan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman.

Sementara itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 22 peratus pemilih di Terengganu keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi manakala 19 peratus untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast