KLANG – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberi bayangan berjaya mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sunga Tua pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) kali ini.
Menerusi ciapannya di Twitter beliau turut memaklumkan terdapat 11 kotak undi DUN Selangor yang belum dikira.
“Alhamdulillah, berbaki 11 lagi peti undi belum dikira, Insya-Allah saya akan mengekalkan kerusi N16 DUN Sungai Tua.
“Saya ucap jutaan terima kasih kepada semua pengundi Sungai Tua. Saya akan memberi sepenuh khidmat kepada anda,” katanya.
Kerusi DUN Sungai Tua menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara Amirudin (PH), Muhammad Hanif Jamaluddin (PN) dan calon Bebas, G Suman.-MalaysiaGazette