SELAYANG – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berharap pakatan tersebut dan Barisan Nasional (BN) akan memenangi 41 kerusi akan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15.

“(Sebanyak) 70 hingga 80 peratus kita optimistik untuk bentuk kerajaan. Harapnya menang 40 hingga 41 kerusi,” katanya ketika ditemui di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Selayang Baru selepas mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer, di sini, hari ini.

Turut hadir, calon PH bagi DUN Taman Templer, Anfaal Saari. Terdahulu Amirudin hadir ke pusat mengundi tersebut bersama isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad.

Sementara itu Menteri Besar Selangor itu menyeru supaya pengundi mengambil kesempatan pada hari ini untuk menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan negeri.

“Saya nak seru semua rakyat negeri Selangor di peringkat awal ni sudah semakin ramai pengundi jadi jangan lepaskan peluang untuk keluar mengundi awal kerana bimbang cuaca tidak menentu pada waktu petang dan ambil kesempatan tunai tanggungjawab berikan peliang kepada anda pilih pentadbiran negeri dalam lima tahun lagi,” tambah beliau.

Seramai 3,747,057 pengundi berdaftar di Selangor. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast