Perdana Menteri yang juga Presiden Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir pada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 12 OGOS 2023.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah berada di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini bagi menunggu keputusan rasmi pilihan raya enam buah negeri.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkumpul bersama pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Antara yang telah berada di dalam dewan berkenaan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Terdahulu, pemimpin UMNO yang awal hadir adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan diikuti ahli dua Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Pemimpin PH yang kelihatan di dewan berkenaan adalah Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil; Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP, Young Syefura Othman dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli.

Anwar dijangka mengadakan sidang media sejurus pengumuman penuh diperolehi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast