Sebuah peti undi di saluran 15 SK Seri Relau dalam kawasan DUN Paya Terubong didakwa tidak bermeterai (seal).

GEORGE TOWN – Proses pengundian saluran 15 di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Relau di sini, terhenti sementara selepas sebuah peti undi ditemui dalam keadaan tidak bermeterai (seal).

Menurut calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Terubong, Andrew Ooi Gheen Oon, dia menemui peti undi itu ketika meninjau pusat mengundi terbabit kira-kira jam 11.30 pagi.

Jelasnya, ragu-ragu dengan penemuan itu dia meminta pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pengundian bagi saluran terbabit.

“Susulan insiden itu, pihak SPR dan PDRM datang ke kawasan tersebut sebelum saya memaklumkan penemuan peti undi tidak bermeterai (seal) itu.

“Bagaimanapun, mereka (SPR) mendakwa mendapat arahan untuk seal semula peti undi tersebut.

Andrew Ooi.

“Sejam kemudian kira-kira dua jam kemudian proses pengundian di saluran berkenaan dibuka kepada orang ramai,”katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Tambah Andrew Ooi, tindakan itu membuatkan dirinya ragu-ragu selain petugas SPR juga didakwa  mempunyai seal tambahan yang mana mendatangkan kebimbangan mereka memboleh buka dan menutup peti itu pada bila bila masa sahaja.

“Saya akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut kira-kira jam 3 petang ini berhubung kejadian itu,” katanya.

DUN Paya Terubong menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Andrew Ooi dan Wong Hon Wai (Pakatan Harapan). – MalaysiaGazette