KUALA LUMPUR – Semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor masih belum mencapai tahap 60 peratus jumlah keluar mengundi setakat pukul 3 petang.
Data yang dikongsikan menerusi aplikasi Whatsapp Pusat Media Selangor berhubung peratusan pengundian menunjukkan, DUN Sungai Air Tawar mencatat jumlah keluar mengundi paling tinggi setakat ini dengan 56.89 peratus.
Ia diikuti DUN Sijangkang iaitu 56.72 peratus manakala, Tanjong Sepat peratusan keluar mengundi adalah 56.31 peratus.
Lebih 18 kawasan DUN di negeri itu masih lagi berada di bawah 50 peratus namun, selebihnya telahpun melepasi 50 peratus jumlah keluar mengundi.
Data berkenaan akan dikemaskani dari semasa ke semasa sebelum semua pusat pengundian ditutup pukul 5 petang nanti. – MalaysiaGazette