PERMATANG PAUH – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi enam buah negeri yang terlibat dalam pilihan raya pada hari inikeluar awal bagi melunaskan tanggungjawab mereka.

Perdana Menteri berkata, beliau mendapati suasana pengundian di keenam-enam negeri lancar dan tenang.

“Musim kempen sudah selesai, jadi kembali bersilaturrahim,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang, di sini, hari ini.

Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan akan berfungsi seperti biasa esok.

Tambah Anwar, beliau akan ke Cherok Tok Kun kemudian akan pulang ke Kuala Lumpur.

“Pada masa sama, saya akan pantau (perkembangan undi PRN) begitu sahaja, saya tidak tumpu mana-mana tempat secara khusus hari ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast