Calon Barisan Nasional N.17 Gombak Setia, Datuk Zulkarnain Omardin pada hari mengundi di SK Taman Seri Gombak 2, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 12 OGOS 2023.

GOMBAK – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dapat merasakan getaran positif daripada pengundi hari ini.

Beliau yang ditemui ketika mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Gombak Setia 2 di sini berkata, perasaan itu berlainan seperti ketika bertanding buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Proses pengundian berjalan dengan baik walaupun hari hujan dan saya percaya jumlah pengundi akan bertambah dari masa ke masa

“Saya juga dapat merasakan a very good and positive vibes sebab saya berpengalaman bertanding dan anda tahu positive vibes are with you.

“Saya juga percaya ramai daripada mereka telah membuat keputusan lebih awal, parti mana mereka hendak undi,” katanya.

Megat Zulkarnain dan isteri tiba di pusat pengundian kira-kira pukul 12.30 tengah hari serentak dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang melakukan tinjauan di situ.

Kerusi DUN Gombak Setia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Megat Zulkarnain dengan calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hillman Idham dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga penyandang kerusi serta calon Bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali.

Ini adalah pertembungan kali kedua Megat Zulkarnain dan Muhammad Hillman selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

“Pastinya untuk bertanding dengan penyandang bukanlah satu benda yang mudah kerana saudara Hillman merupakan penyandang kepada Gombak Setia. Pastinya lima tahun genap dia telah ada rekod pencapaian atau sebaliknya.

“Namun saya daripada awal kempen saya mengambil sikap underdog, kerana pengalaman mendidik dan mengajar, saya yakin beberapa jam tahu keputusan.

“Saya berterima kasih kepada jentera Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang telah bertungkus lumus membantu saya,” katanya.

Secara umum sambutan pengundi kepada Megat Zulkarnain kelihatan mesra dengan ramai yang datang untuk berbual pendek dan meminta untuk mengambil gambar bersama dengan beliau.

Pada PRU14 Megat Zulkarnain mendapat 11,113 undi tewas kepada Muhammad Hilman memperoleh 24,157 undi dan seorang lagi calon dari Pas, Hasbullah Mohd Ridzwan memperoleh 11,758 undi.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast