GEORGE TOWN – Gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) berjaya membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang selepas menang pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15).
Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, gabungan itu berjaya memenangi majoriti 29 kerusi daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagaimanapun, setakat jam 11 malam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum mengeluarkan sebarang keputusan rasmi secara keseluruhan bagi DUN Pulau Pinang.
Kemenangan itu juga melakarkan kemenangan selama empat penggal berturut-turut buat Pakatan Harapan khususnya DAP.
Berdasarkan keputusan itu, DAP mendominasi 19 kerusi DUN apabila kesemua kerusi yang ditandingi mereka mencatatkan kemenangan dengan majoriti selesa.
PKR menyumbang tujuh kerusi menerusi membabitkan DUN Machang Bubok, Bukit Tambun, Bukit Tengah, Batu Maung, Pantai Jerejak, Batu Uban dan Kebun Bunga.
Bagi BN pula, mereka memenangi dua daripada enam kerusi yang ditandingi iaitu Bertam dan Sungai Acheh.
Manakala Amanah berjaya mengekalkan kerusi yang disandang bagi DUN Bayan Lepas.
Keputusan DUN Pulau Pinang pada PRU14 menyaksikan DAP memenangi 19 kerusi, PKR 16 kerusi, Amanah dan BN masing-masing dua kerusi manakal Pas satu kerusi. – MalaysiaGazette