KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah redha dengan keputusan yang dibuat Presiden Pas untuk menukar kepimpinan negeri itu jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.
NST Online melaporkan, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor itu berkata, perkara tersebut bukan satu masalah besar kepadanya.
“Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu ini kerana keputusan telah dibuat oleh Presiden Pas selepas mendapat perkenan Sultan Kelantan,” katanya selepas mengundi di SK Panji, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Mohd. Amar menasihatkan semua pihak untuk menunggu perkembangan lanjut berhubung perkara ini.
Ketika ditanya mengenai mesej WhatsApp yang tular mengatakan beliau bergaduh dengan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Mohd. Amar menafikannya.
“Saya tidak pernah bergaduh dengan beliau, memang kadang-kadang kami ada berbalah mengenai sesuai isu ketika mesyuarat parti.
“Bagaimanapun, perbalahan itu berhenti tidak lama selepas itu”katanya lagi.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN