KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan kenyataan tular di media sosial bertajuk “Pas menolak Prof Haim Hilman Abdullah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu” adalah palsu.
Takiyuddin dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata, kenyataan bertarikh 11 Ogos 2023 itu tidak mempunyai kaitan langsung dengan beliau atau pun Pas.
Terdahulu tular kenyataan media yang menggunakan logo Pas dan ditandatangani Takiyuddin berhubung keputusan parti itu menolak calon PN DUN Jitra, Haim Hilman sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.-MalaysiaGazette
Sanusi perlu dikekàlkan sebagai MB Kedah, beliau dilihat sebagai aset masa depan negara.
Tahniah Sanusi diatas kemenangan bergaya.