ALOR SETAR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengundi di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.
Beliau yang hadir bersama isterinya, Tun Hasmah Mohd Ali selesai mengundi jam 9.22 pagi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit.
“Ternampak tak berapa ramai yang keluar mengundi. Saya harap para pengundi keluar beramai-ramai kerana pilihan raya ini penting untuk tentukan masa depan kita, halatuju Negeri dan juga Negara.
“Saya juga ingin ucap terima kasih kepada para petugas SPR yang memastikan Pilihanraya Negeri ini berjalan baik,” katanya. Mahathir antara 1.56 juta warga Kedah yang akan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
Sejumlah 2,849 saluran dibuka hari ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi melicinkan proses pengundian. – MalaysiaGazette