MARANG – Setakat tengahari tadi lebih 80 peratus daripada 230 pengundi berkerusi roda di Saluran 1, Pusat Mengundi, Sekolah Kebangsaan Rusila, dekat sini selesai menunaikan tanggung jawab masing-masing.

Sejak pagi di sini pemilih berdaftar dari kalangan warga emas, orang kurang upaya, wanita selepas bersalin, pesakit kemalangan antara pemilih yang menggunakan perkhidmatan kerusi roda yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Petugas SPR menjalankan tanggungjawab mengiringi mereka bagi memudahkan golongan berkenaan menunaikan tanggungjawab selain daripada dibawa oleh ahli keluarga.

Untuk rekod di Marang, sebanyak 232 saluran membabitkan 47 pusat pengundian beroperasi sejak jam 8 tadi dilaporkan berjalan lancar bagi proses buang undi sempena Pilihan Raya negeri (PRN) hari ini. – MalaysiaGazette