Mohamed Sukri dan isteri, Zainab selesai membuang undi di SK Bukit Kemandol, Shah Alam

SHAH ALAM – Calon Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Mohamed Sukri Omar menyeru pengundi yang belum menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih, keluar berbuat demikian sebelum jam 5 petang ini.

Beliau yang ditemui selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kemandol dekat sini, pagi ini berkata, Selangor perlukan perubahan ke arah yang lebih baik dengan kepimpinan anak tempatan.

Mohamed Sukri yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor keluar mengundi bersama isteri, Zainab Omar kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Beliau bertanding melawan penyandang dari Pakatan Harapan (PH), Najwan Halimi.

Usai membuang undi, beliau menunaikan kewajibannya melawat beberapa pusat mengundi bagi melihat proses pembuangan undi di DUN Kota Anggerik.

“Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

“Seruan saya kepada anak muda pula hiduplah dalam budaya ilmu dan menjadi generasi yang terbaik. Semoga usaha ini membuahkan hasil,” katanya kepada MalaysiaGazette. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast