Calon BN N.23 Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz yakin bercakap kepada media selepas menyantuni penduduk sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Selangor di Hulu Langat, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 11 OGOS 2023.

HULU LANGAT – Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua, Datuk Johan Aziz menang bergaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Johan dikatakan menang dengan majoriti 3,514 dengan mendapat sebanyak 26,769 undi.

Johan merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih selama dua penggal juga sudah menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pengundi DUN Dusun Tua yang telah memberikan kemenangan kepadanya.

DUN Dusun Tua menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan calon Perikatan Nasional (PN), Azhar Hambali yang juga mengejar Johan dengan dekat pada awal pengiraan hari ini selain calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Al Hafiz Ikhwan Mohamad Asaad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast