ALOR SETAR – Dua pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dipercayai kalah di kawasan masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Keputusan tidak rasmi pukul 9.30 pagi tadi, Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Radzi Md Amin dengan mendapat majoriti 5,159 undi.
Menurut papan putih yang dipamerkan di ibu pejabat UMNO Kedah di sini mendapati Mohd Radzi mendapat 12,050 undi jauh meninggalkan Mahdzir dengan 6,891 undi.
Undi itu adalah daripada 45 daripada 53 peti undi.
Dalam pada itu, Pengerusi PH, Datuk Mahfuz Omar turut jauh ke belakang dengan hanya memperoleh 7,126 undi bagi 56 saluran yang telah dikira.
Pesaingnya, Muhamad Radhi Mat Din memperoleh 15,258 undi.
Untuk rekod, setakat ini 56 saluran sudah dikira dan berbaki 12 lagi saluran yang belum dikira. – MalaysiaGazette