Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said

CHUKAI – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu hari ini.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu, yang mewakili Barisan Nasional (BN), kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN) Senator Datuk Razali Idris, yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, dengan majoriti 3,758 undi.

Razali memperoleh 13,403 undi manakala Ahmad, yang menyandang kerusi itu sejak 1990, mendapat 9,645 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hanum Isa @ Ghazali di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sivik Kijal di sini malam ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast