Amirudin semasa sidang media di Klang malam tadi.

KLANG – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor menyifatkan kemenangan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang tidak signifikan.

Datuk Seri Amirudin Shari berkata, majoriti undi yang diraih Mohamed Azmin tidak jauh meninggalkan saingannya dari PH. Juwairiya Zulkifli.

“Ia tidak menyumbang undi yang memberangsangkan dan juga namun begitu kita tidaklah tewas terlalu besar.

“Jadi kemenangan (lebih kurang) 1,000 undi itu tidaklah signifikan untuk kerusi yang berjanji atau yakin nak tubuh kerajaan.

“Ternyata Kerajaan Perpaduan malam ini ditubuhkan di Selangor,” katanya ketika sidang media di Puaat Pengumuman Keputusan PRN15 di sini malam tadi.

Terdahulu, berdasarkan keputusan rasmi di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan Mohamed Azmin menang dengan majoriti 1,617 undi.

Pengerusi PN Selangor itu memperoleh 25,597 undi menewaskan pencabarnya daripada Juwairiya dengan 23,980 undi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast