Gambar Hiasan
Pemilihan parti Gerakan bakal menyaksikan empat calon bertading bagi jawatan presiden setakat ini.

GEORGE TOWN – “Kami akur dan terima keputusan rakyat Pulau Pinang namun tetap akan meneruskan perjuangan sebagai pembangkang,” kata Oh Tong Keong.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang yang juga Timbalan Presiden Gerakan itu berkata demikian susulan parti itu tewas di kesemua 19 kerusi yang ditandingi mereka termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas yang ditanding Presidennya, Datuk Dominic Lau pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15).

Tong Keong mendakwa, sentimen yang dimainkan DAP menyebabkan parti itu ditakuti pengundi Cina sekali gus antara punca mereka kalah.

Oh Tong Keong.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan sokongan pengundi Cina terhadap DAP masih utuh di negeri ini.

“Kita percaya pengundi khsususnya dalam kalangan orang Cina di negeri ini ditakutkan dengan sentimen Gerakan parti gabungan Pas yang akan menyebabkan mereka (pengundi) berdepan sebarang kemungkinan.

“Berdasarkan keputusan PRN semalam, kita akur penolakan rakyat terhadap Parti Gerakan namun kita akan tetap menjadi pembangkang yang membawa suara rakyat.

“Selain itu, saya juga berharap semua calon Gerakan yang bertanding pada PRN kali ini tidak berputus asa dan meneruskan khidmat mereka kepada masyarakat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Tong Keong, pihaknya juga akan melakukan analisa dalam masa terdekat bagi mencari jalan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada mereka.

“Kita masih ada calon-calon muda yang boleh diketengahkan biar pun ia dilihat sukar serta mencabar. Selain itu, kita juga usaha untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast