SHAH ALAM – Satu kebakaran berlaku melibatkan beberapa kontena di atas kapal kargo yang dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang dekat sini awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.30 pagi, membabitkan kapal KMTC Shenzhen di kawasan lebih kurang enam batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong.
”Proses pemadaman sedang dijalankan melibatkan bebeberapa agensi termasuk Jabatan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan tiada mangsa dilaporkan terlibat setakat 5.14 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan.
— BERNAMA