Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Baharuddin Shah

KUALA TERENGGANU – Kekalahan Pakatan Harapan – Barisan Nasional (PH-BN) di Terengganu perlu dimuhasabah oleh semua ahli gabungan parti meskipun tahu negeri itu merupakan kubu kuat Pas.

Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Ir Kamarul Bahrin Shah Raja Sir Ahmad Baharuddin Shah berkata, kekalahan itu berlaku kerana wujudnya sikap ‘abang besar’ dan tidak menghormati sesama rakan gabungan.

Demikian reaksi beliau ekoran kekalahan gabungan PH-BN skor 0-32 dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu pada semalam.

”Analoginya adalah sebuah hospital besar walaupun ramai doktornya tidak semestinya mempunyai pakar terbaik tertentu mengubati penyakit berkenaan yang memerlukan kepakaran khusus yang dimiliki pusat perubatan yang kecil tetapi mempunyai pakar yang boleh merawati kondisi tersebut.

”Di sinilah perlunya  mengakui kelebihan tertentu rakan gabungan dalam menghadapi pengundi di kawasan bandar serta pengundi campuran dan jangan mengamal sikap ‘abang besar’.

”Kelebihan PH adalah di kawasan pengundi urban-bandar yang juga memiliki pengundi campuran. Prinsip konsep ini telah dipersetujui pada umumnya di peringkat awal tetapi malangnya tidak dilaksanakan dan kerusi campuran seperti DUN Bandar (Kuala Terengganu) dan Cukai (Kemaman) yang mempunyai urban voters dan campuran tidak diberi kepada parti komponen PH dari Amanah atau PKR,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesilapan amalan ‘abang besar’ tersebut sekali gus melenyapkan peluang mereka memenangi kerusi di mana PH mempunyai kelebihan, dakwanya.

Beliau memberi contoh pilihan calon yang baik adalah kerusi urban dan campuran di DUN Kota Lama di Kelantan di mana calon PH dari Amanah berjaya memenagi kerusi tersebut di negeri Pas yang dominan lebih 30 tahun walaupun Dr. Hafidzah Mustakim bukan orang Kelantan.

Menurutnya, dengan strategi yang baik, PH boleh menang kerusi di Kota Bharu dan kalau kaedah yang sama dilakukan di Kuala Terengganu, tidak mustahil kejayaan yang sama boleh dicapai.

”Zaman sikap abang besar – big brother telah lama berlalu dan mentaliti ini perlu dikikis jika kita mahu maju. Saya tidak begitu terkejut keputusan PRN di Terengganu tetapi saya amat kecewa .

“Sikap lebih inklusif menghormati sesama kita dan bukan sikap abang besar perlu diujudkan dalam gabungan PH-BN di  Terengganu,” katanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Gabungan ni masih baharu.. insha’Allah akan menjadi lebih kukuh seperti di Negeri Sembilan. PAS mmg boleh hasut org Melayu kononnya terancam dengan org bukan Melayu dan menang undi Melayu. Tapi tak mungkin hanya org Melayu sahaja yg memerintah Malaysia dan org bukan Melayu diketepikan. Negara ini ialah multietnik. Bagi org Terengganu, kamu akan ditadbir oleh satu parti sahaja. Tidak akan ada proses check and balance. Maknanya kamu kena telan je laaa apa sahaja yg dibuat oleh PAS sesuka hati. Tak ada siapa yg boleh tegur jika silap. Itu yg kamu mahukan, betul? Negeri tanpa pembangkang…good luck

  2. Kagum melihat semangat anak2 muda yang rata2 mengundi PN. Syabas dan teruskan istiqamah, insyaAllah akan mencapai kemenangan lebih besar dalam PRU16 nanti.

  3. Amanah, parti yang dipanggil khadam kepada DAP oleh para natizen nampaknya tidak mendapat tempat dikalangan pengundi2 di Trengganu? Syabas diucapkan!

Comments are closed.