KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan kebimbangan terhadap sistem pendakwaan dan pelaksanaan penguatkuasaan dalam perundangan negara.
Ketua Penerangannya, Datuk Razali Idris mendakwa terdapat ketidakadilan menerusi agensi kerajaan bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menyiasat dan mendakwa seseorang.
“Ini terbukti keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah melepas dan membebaskan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan sebagai Perdana Menteri Ke-8 untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta.
“Dalam penghakiman mahkamah turut menjelaskan terdapat tuduhan dengan suatu kesalahan yang tidak diperuntukkan mengikut undang-undang dan kesalahan yang dikemukakan itu tidak mengandungi butir-butir cara kesalahan dilakukan.
“Ada unsur-unsur tidak profesionalisme dalam kalangan pegawai penguatkuasa dan pendakwaan dalam agensi kerajaan berkaitan, ada kecuaian yang tidak munasabah serta ada elemen pertuduhan berat sebelah, terburu-buru serta arahan tertentu dari pihak atasan kerajaan Perpaduan ala Madani,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata beliau, pihaknya yakin Muhyiddin akan dilepaskan dan bebas bagi beberapa pertuduhan lain serta beberapa pemimpin kanan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) kerana penghakiman ‘salah laksana keadilan’.
“Moga negara terus terselamat daripada kepimpinan kerajaan KAKISTOKRASI ala Madani ini,” katanya. -MalaysiaGazette
Arahan pihak atasan? Ini sesuatu yang amat serius?
Tugas undang2 bukanlah hendak mengenakan atau menginaya seseorang?
Siapa orang atas tu, rakyat bawahan nak tahu. Demi keadilam diharap Datuk Ayub dapat segera siasat!