KUALA LUMPUR – Hujan lebat hampir tiga jam mengakibatkan banjir kilat di Seksyen 13, Shah Alam.

Beberapa video menunjukkan situasi semasa kawasan berkenaan di muat naik di media sosial.

Berdasarkan rakaman video yang tular, air kelihatan deras dan hampir menenggelamkan kenderaan yang diletakkan di sekitar kawasan berkenaan.

Ada juga video yang memaparkan air sudah mulai memasuki premis perniagaan.

Seksyen 13, Shah Alam merupakan antara kawasan yang sering dilanda banjir.

Banjir teruk pernah menenggelamkan kawasan berkenaan pada 2021. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Padan muka dengan pengundi PN yang undi YB AFIF. Apa yang dia buat buat untuk selesaikan masalah banjir. Buksn boleh buat kerja.

Comments are closed.