Tuntutan FRSB ke atas Bernas yang berlarutan sejak lapan tahun bakal berakhir Oktober ini.

KUALA LUMPUR – Keputusan tuntutan ganti rugi dan saman yang difailkan Fantasy Ruby Sdn. Bhd (FRSB) sejak 2015 ke atas Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) akan diputuskan pada 5 Oktober ini selepas mahkamah mendengar hujah kedua-dua pihak, termasuk kegagalan rayuan Bernas di Mahkamah Rayuan.

Mengikut kronologi kes, Bernas telah menamatkan perjanjian konsesi terhadap FRSB untuk mengimport beras hancur, menyebabkan syarikat menanggung kerugian besar.

Bagi menuntuk hak, FRSB telah memulakan saman pada Oktober 2015 terhadap Bernas dan pada 27 Februari 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan tuntutan itu.

Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary

Dalam pendengaran kes itu, mahkamah memberi pengisytiharan bahawa Bernas telah secara salah menamatkan Kontrak Beras Pecah 2011 dengan FRSB dan mengarahkan ganti rugi dinilai.

Bernas kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan, namun permohonan itu ditolak.

Selepas keputusan itu, pada 12 Jun 2019, FRSB memfailkan permohonan untuk taksiran ganti rugi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Berdasarkan laporan dari FRSB, jumlah kerugian yang dituntut terhadap Bernas berjumlah RM98,617,720.34 iaitu jumlah kerugian yang dialami syarikat berkenaan akibat penamatan perjanjian yang dianggap sebagai salah.

Percubaan untuk permohonan penilaian telah tamat, namun penyerahan bertulis telah difailkan dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 11 Mei lalu, tetapi ditangguhkan kepada 22 Julai kerana peguam Bernas tidak sihat.

Bagaimanapun, pendengaran lisan selesai pada hari penangguhan itu menyebabkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Oktober ini untuk keputusan.

Tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari melalui Tradewinds memiliki lebih 50 peratus ekuiti Bernas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast