MELAKA – Kekalahan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu juga pernah dilalui Pas dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), namun mereka kembali bangkit selepas era kejatuhan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, justeru kekalahan BN selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan PRN lalu adalah permulaan untuk mereka bangkit pada PRU16.
“UMNO akan tetap terus berdiri dan Insya-Allah kita akan bangkit semula membina kekuatan pada PRU akan datang selepas kita menilai di mana kelemahan dan kekurangan kita.
“Semua parti dulu pun pernah kalah seperti UMNO. Pas, Bersatu mereka juga pernah kalah tapi mereka bangkit dan kita juga mesti bangkit selepas ini ke arah lebih baik,” katanya.
Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Pelekat Kenderaan Promosi Tahun Melawat Melaka 2024 di Kompleks Seri Negeri, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka itu berkata, beliau melihat pandangan beberapa pemimpin parti yang mengatakan UMNO akan berkubur termasuk akibat bekerjasama dengan DAP adalah sekadar suara peribadi.
“Saya seru kepada semua pendokong-pendokong parti supaya jangan keliru dengan kenyataan kononnya DAP ini akan menghancurkan orang Melayu (kerana) saya tak nampak ia berlaku di Melaka.
“Melaka adalah sebuah Kerajaan Perpaduan yang harus dicontohi dan dikaji kebaikan dan persefahaman antara dua kelompok parti (DAP dan UMNO) yang berbeza pendapat sebelum ini.
“Saya tak tahu di tempat lain tapi di Melaka, mereka (DAP) begitu bersungguh-sungguh memupuk kebersamaan ke arah membina sebuah negeri dan pentadbiran yang baik,” katanya.
Pada PRN 12 Ogos lalu, BN hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi iaitu Selangor (2), Negeri Sembilan (14), Kelantan (satu) selain dua kerusi di Pulau Pinang.
Di Terengganu, BN gagal memenangi semua kerusi ditandingi malah, lebih mengejutkan apabila kerusi kubu kuat BN yang disandang dua bekas Menteri Besar iaitu di DUN Kijal dan Seberang Takir turut tewas.
Ia termasuk beberapa kubu kuat BN di Hulu Besut, Jertih, Kuala Besut, Telemung, Batu Rakit, Bukit Besi, Air Putih dan Langkap turut tumbang di tangan Perikatan Nasional (PN).
Pada PRU15, UMNO di bawah pimpinan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga kalah teruk apabila hanya menang 26 kerusi Parlimen. – MalaysiaGazette
Betul-betul bangang Ab Raof ni…
jadikan mentor “JATUH”…. UMNO Parti TUA dan besar hairan menyusur jejak parti baru seperti BERSATU. Baik jadi MUDA dan PEJUANG.
Betul-betul bangang Ab Raof ni…
Hanya nampak contoh DALAM KAIN je akarumbi terima DAP.
Betul-betul bangang Ab Raof ni…
Semua Pemimpin UMNO menegur kelemahan dan KEROSAKAN President dikatakan pandangan PERIBADI.. kalau ORANG GILA buat pujian Ab Raof mungkin terima itu adalah pandangan rakyat… dan Ab Raof akan kata orang gila itu GILA jika kata UMNO dipimpin Si KITOL dari Bagan Datoh. Berat DAH Ab Raof ni.
Rupa2nya macam ni pemahaman yang ada dalam minda pemimpin UMNO ya… ok tunggu PRU 16 ya…
ZAHID HAMIDI MUNAFIK dan konconya yakin berkuasa dalam PRU15 dengan FORMULA BEBAL DAN BANGANG…menang di MELAKA dan JOHOR…KITA BERGERAK SOLO..ZAHID TERDESAK dan mendesak Ismail SABRI bubar PARLIMEN segera,,,,akhirnya BUNGKUS dan terpaksa MENJUBURI ANWAR sebaga talian hayat….PRN pun LINGKUP