Rosli Abdul Jaabar

KUANTAN – Exco Pahang, Datuk Seri Johari Harun disenangi kawan dan lawan.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar menyifatkan kehilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai itu sebagai kehilangan yang besar.

Allahyarham antara tokoh pemimpin yang dilihat mempunyai komitmen dengan amanah yang diberikan walaupun masih baru memegang jawatan sebagai Exco dan ADUN, katanya.

“Pas dukacita atas pemergian Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas berhampiran perumahan Elmina di Shah Alam hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, seluruh keluarga besar Pas Pahang mengucapkan takziah kepada ahli keluarga allahyarham, seluruh warga UMNO Pahang dan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Allahyarham Johari yang juga ADUN Pelangai dilaporkan menaiki pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan lima lagi penumpang dan juruterbang serta pembantunya.

Johari dipilih sebagai ADUN Pelangai selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lalu.

Selepas menang pertandingan empat penjuru memperoleh 7,308 undi, menewaskan calon dari Perikatan Nasional, Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang – MalaysiaGazette