KUANTAN – Seorang pendaki Sepanyol yang mengalami kecederaan ketika mendaki Gunung Jasar Trail dekat Cameron Highlands hari ini.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli berkata, mangsa yang cedera kini disahkan stabil dan hanya mengalami kecederaan bahu.
Mangsa, Mugueta Unzue, 57, diselamatkan kira-kira pukul 11.40 pagi dan menerima rawatan awal di tempat kejadian.
Mugueta kemudiannnya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata dekat Cameron Highlands.
”Pada pukul 11.10 pagi, tiga anggota Balai Polis Tanah Rata bersama tujuh anggota bomba dan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah memulakan pendakian mengesan mangsa melalui Trail 6 Kampung Sungai Ubi.
”Anggota penyelamat sampai di tempat kejadian mendapati lelaki warganegara Sepanyol itu mengalami kecederaan di bahagian bahu kiri akibat tergelincir semasa turun dari bukit.
“ Anggota penyelamat telah memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera. Mangsa disahkan stabil dan akan menjalani pemeriksaan x-Ray,” katanya kepada MalaysiaGazette
Menurutnya, mangsa selamat dibawa turun oleh pasukan penyelamat pukul 12.30 tengah hari tadi sebelum dikejarkan ke hospital. – MalaysiaGazette