Temubual Skop MG bersama Adun Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz di Studio MG, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 19 OGOS 2023.

KUALA LUMPUR – Tidak menjadi satu kesalahan untuk wakil rakyat pembangkang turut terlibat dengan mana-mana program yang sudah disusun atur oleh kerajaan negeri Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz berkata, Kerajaan negeri sudah menyusun banyak program-program rakyat termasuk Jelajah Ehsan Rakyat (JER).

“Subsidi diberi kepada semua rakyat negeri Selangor. Peruntukan daripada MBI itu adalah untuk semua, tidak tertumpu kepada satu pihak sahaja.

“Program sebegini tidak pernah tanya orang siapa, parti mana. Ia untuk semua.

“Selain itu, ada 46 program lain yang boleh dinikmati oleh rakyat Selangor,” katanya menerusi program SKOP MG malam tadi.

Dengan Tajuk YB! Berhentilah Politik, Masa Untuk Kerja bersama dua ADUN lain iaitu Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin yang merupakan ADUN Sungai Burong dan Mohd Rafiq Abdullah, ADUN Kuang.

Beliau berkata, demi rakyat Kerajaan tidak pernah dan tidak akan sesekali menganiaya rakyat.

“Itu contoh kerajaan yang tak pilih kasih atau mengamalkam dendam seperti yang didakwa ahli politik.

“Saya akui menjadi wakil rakyat, isu peruntukan memang menghantui kita, tapi jangan lupa, saluran-saluran tertentu ada untuk memberikan bantuan, kita hanya gunakan kuasa untuk memastikan pihak-pihak bertanggungjawab melaksanakan tugas mereka,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan, sebagai wakil rakyat ada banyak saluran yang boleh digunakan dan tidak hanya boleh duduk diam.

“Kalau kerajaan negeri tak boleh bantu, cuba kepada Persekutuan kerana akhirnya pusat yang boleh bantu rakyat.

“Tetapi pelaksanaan itu mungkin bukan melalui ADUN tetapi agensi lain seperti Pejabat Derah dan sebagainya,” ujarnya. -MalaysiaGazette