Pelakon utama Ewan Fauzi membawa watak sebagai Rosman melakukan persembahan dalam pementasan Teater Kopi Pangku & Gaun Baju Melayu di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Foto QURRATU AINI, 19 OGOS 2023.

DUNIA teater kembali bernafas. Ini satu kebangkitan industri teater kembali mewarnai persada seni hiburan tanah air.

Monodrama Kopi Pangku dan Gaun Baju Melayu merupakan kisah masyarakat yang diangkat begitu baik menerusi dua karya ini.

Bermula dengan kisah Gaun Baju Melayu yang dijayakan oleh Ewan Fauzi. Anak muda ini membawa penonton melayari kehidupannya yang merupakan satu-satunya anak lelaki daripada tujuh beradik.

Pengarah projek Teater Kopi Pangku & Gaun Baju Melayu, Siti Rohayah Attan di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Foto QURRATU AINI, 19 OGOS 2023.

Menurut penulis skrip dan juga pengarah teater ini, Siti Rohayah Atan, kisah ini antara kisah benaer yang dipentaskan.

“Bagaimana Masyarakat menjadi hakim pada setiap susuk manusia di depannya. Tanpa mereka tahu latar hidup seseorang.

“Ada kalangan kita mudah menghukum lelaki lembut itu jahat, ada yang beranggapan mereka itu sengaja menolak kuasa Tuhan.

“Di dalam naskhah ini, saya lampirkan setiap sisi seseorang yang terperangkap dalam dilemma itu, dan bagaimana ia membawa kepada satu pesanan yang begitu mendalam buat kita semuaDi dalam naskhah ini, saya lampirkan setiap sisi seseorang yang terperangkap dalam dilemma itu, dan bagaimana ia membawa kepada satu pesanan yang begitu mendalam buat kita semua,” katanya kepada Malaysia Gazette.

Mododrama pertama banyak props

Sepanjang 45 minit, Ewan berjaya memanfaatkan segenap ruang di Skor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka ini dengan begitu cemerlang.

Pelakon utama Ewan Fauzi membawa watak sebagai Rosman melakukan persembahan dalam pementasan Teater Kopi Pangku & Gaun Baju Melayu di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 19 OGOS 2023.

Tidak seperti nashkhah atau monodrama yang lain, Gaun Baju Melayu antara satu-satunya yang menggunakan banyak props.

Presiden Persatuan Teater Malaysia, Sakrani Shamsuddin, berkata inilah Kelainan yang cuba disampaikan.

“Di pentas berskala kecil, tetapi props yang digunakan tetapi Berjaya menggunakan props yang begitu banyak.

“Nafas Baharu kepada pementasan teater sebegini dan saya hara pia akan diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Menyorot pergerakan baju yang digantung sebagai penanda watak lain serta penggunaan kerusi dilihat secara maksimum membawa dimensi lain dalam persembahan ini.

Pelakon utama Ewan Fauzi membawa watak sebagai Rosman melakukan persembahan dalam pementasan Teater Kopi Pangku & Gaun Baju Melayu di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 19 OGOS 2023.

Dengan pelbagai watak yang dijayakan bersekali pertukaran pakaian dan permainan props, Ewan Fauzi wajar diberi pujian.

Biarpun sesekali dilihat agak penat dengan pertukaran dan permainan pentas ini, pengakhiran yang dramatik menutup celaan pementasan ini.

Gaun Baju Melayu berkisarkan bagaimana jiwa wanita Rosman begitu menebal dalam jiwa hingga nama itu tidak betah lagi buatnya, hanya panggilan Ros menjadi menguat diri.

Pelakon utama Ewan Fauzi membawa watak sebagai Rosman melakukan persembahan dalam pementasan Teater Kopi Pangku & Gaun Baju Melayu di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Foto QURRATU AINI, 19 OGOS 2023.

Terbelenggu dek jiwa wanita dan lelaki, bertahun lamanya menjadi Ros akhirnya dia berubah hanya kerana pesanan keramat ibunya yang mahukan dia menjadi juruterbang dan imam.

Tidak mengerti apa yang dimaksudkan pesanan itu, dalam meronta Rosman merealisasikan Hasrat ibu tercinta.

Penonton terus dibuai mainan perasaan Rosman. Dibawanya menjelajah ke serata pelusuk kehidupannya, daripada kanak-kanak, ke university, ke kelab sebagai penyanyi dan akhirnya kehidupan selepas menjadi juruterbang.

Namun di akhir pementasan monodrama ini, sesuatu menikam hati penonton hingga tak tak sedar ada air mata mengalir.

Ewan berjaya mengusik hati kecil penonton. Masih sempat untuk anda menonton karya hebat ini untuk mengetahui apakah yang berlaku dan bagaimana anda juga terkesan dengan mesej yang cuba disampaikan.

Kopi Pangku dan Gaun Baju Melayu akan memasuki hari terakhir pementasan. Bermula 18 Ogos lalu, hari ini merupakan hari terakhir dengan dua persembahan pada jam 3 petang dan 8.30 malam di Skor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Tidak rugi berbelanja RM50 untuk menonton dua nashkah yang pastinya memberi impak besar dalam diri kita.

Kopi Pangku dan Gaun Baju Melayu diterbitkan oleh Persatuan Teater Malaysia dengan kerjasama DBP, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan CTRA Productions dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast