Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bergambar beramai-ramai selepas Majlis Penutupan MADANI Ride PDRM dan ISBC Sempena Peringatan Hari Polis Ke-216 serta Bulan Kemerdekaan 2023 ketika di bu Pejabat Kontinjen Polis Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 21 OGOS 2023.

SHAH ALAM – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan ura-ura yang mendakwa seramai tujuh ahli Parlimen daripada komponen itu akan mengosongkan kerusi masing-masing tidak lama lagi.

Ia kerana, ahli Parlimen parti tersebut terikat dengan aku janji yang telah ditandatangani sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

“Itu khabar angin dan kita akan lihat bahawa yang paling penting kita tunggu sampai akhir penggal.

“Mereka telah tandatangani aku janji dan dokumen-dokumen itu telah diikrarkan di depan saya. Kalau mahu ambil tindakan yang pada hemat untuk kepentingan diri sendiri eloklah tunggu hingga akhir penggal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penutupan Madani Ride PDRM & ISBC Sempena Hari Peringatan Hari Polis Ke-216 dan Bulan Kemerdekaan yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam mendakwa terdapat ura-ura tujuh ahli Parlimen daripada BN bakal meninggalkan parti itu.

Menerusi rakaman video di TikTok, Lokman berkata, antara ahli Parlimen yang bakal bertindak demikian masing-masing seorang daripada Pahang, Sabah dan Utara Semenanjung Malaysia.

Manakala, bakinya ahli Parlimen dari Johor.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, ahli Parlimen sepatutnya menghormati mandat rakyat yang dibuat menerusi pilihan raya dengan menjalankan amanah yang telah diberikan.

“Kalau mahu melakukan tindakan-tindakan politik kita harus melihat mandat dan watikah yang telah diberikan kepada mereka untuk mewakili parti dan bukan untuk diri sendiri,” tambah beliau.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Hoi Yahoi ZAHID HAMIDI setakat watikah dan sign depan kau ada beza ke dengan SUMPAH NAMA ALLAH tu… yang mana lebih perlu dipatuhi? akarumbi dah kena jual dah… bagus jika ada MP UMNO letak jawatan… kan kau kata tidak mahu PENENTANG dalam UMNO biarlah dorang keluar

  2. ZAHID MUNAFIK serta sekutunya JANGAN TAKBUR….KITA YAKIN BERGERAK SOLO…bukti MELAKA dan JOHOR…AHMAD MASLAN prn 6-0….kita sapu habis…MAHMPOS OMAR…19 dun dalam gengaman SANUSI kena KO….AKHIRNYA semua melingkup…yang mencanak sekutumu DAPIGS

Comments are closed.