UMNO Akmal
Dr Akmal Saleh

MELAKA – Pemuda UMNO mempelawa rakyat khususnya para pengundi untuk mengemukakan pandangan mereka secara dalam talian mengenai punca kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri 12 Ogos lalu.

Ketuanya, Dr. Akmal Saleh berkata, kaji selidik itu akan mula dibuka esok dan rakyat terbuka untuk memberi padangan mereka secara berhemah apakah yang perlu dilakukan parti untuk kembali mendapat kepercayaan rakyat.

“Kita perlu tahu, apakah masalah sebenarnya sehingga rakyat termasuk pengundi BN sendiri tidak mengundi kita pada PRN yang lepas dan hasil kaji selidik kemudian akan dibentangkan pada mesyuarat Biro Politik UMNO untuk tindakan lanjut.

“Ini penting bukan sahaja untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) tetapi yang lebih penting adalah untuk survival UMNO itu sendiri pada masa akan datang bukan sahaja untuk PRU16 tetapi juga PRU17, PRU18 dan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mini Karnival Program Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Luar Bandar di Mini Stadium Bistari, Ayer Keroh di sini hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, adalah menjadi perkara asas bagi setiap kekalahan untuk melakukan kaji selidik apakah punca utama penolakan rakyat terhadap BN.

“Mesti ada kesalahan di mana-mana pihak sekali pun dan ia perlu diperbaiki segera, tapi bukanlah kita hendak mencari salah sesiapa sebaliknya mengenal pasti punca dan mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Pada PRN enam negeri, BN hanya menang dua kerusi di Selangor, iaitu DUN Sungai Air Tawar dan Dusun Tua, satu kerusi di Kelantan (Galas) dan dua kerusi di Pulau Pinang (Bertam dan Sungai Acheh).

Di Terengganu, semua calonnya tewas, termasuk dua bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

BN Negeri Sembilan bagaimanapun mencatat keputusan baik apabila menang 14 daripada 17 kerusi ditandingi, membolehkannya menyumbang kemenangan majoriti dua pertiga bersama Pakatan Harapan (PH).

Pada PRU15, UMNO di bawah pimpinan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga kalah teruk apabila hanya mampu menang 26 kerusi Parlimen. – MalaysiaGazette.

 

2 Komen

  1. MADANI MUNAFIK sekarang menyucikan dan menjuburi DAPIGS….TIDAK ADA me LAYU umnogok MARAH BILA LKS dapat GELARAN TAN SRI….SEMUA TERSENYUM SIPU BERTEPUK TANGAN…DISEBALIK me LAYU telah diHINA dan dicabar TINDAKAN DAPIgS,INI YANG PERLU DIJELASKAN KE AKAR UMBI….TERMASUK DIMAKAN SUMPAH ZAHID

  2. ZAHID MUNAFIK serta sekutunya JANGAN TAKBUR….KITA YAKIN BERGERAK SOLO…bukti MELAKA dan JOHOR…AHMAD MASLAN prn 6-0….kita sapu habis…MAHMPOS OMAR…19 dun dalam gengaman SANUSI kena KO….AKHIRNYA semua melingkup…yang mencanak sekutumu DAPIGS

Comments are closed.