Amirudin (kanan) sempat posing kepada jurugambar sebelum memulakan mesyuarat pertama MMKN hari ini. - Gambar ihsan Media Selangor

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tengah hari ini mengumumkan senarai portfolio 11 barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) termasuk yang dipegangnya.

Dalam pengumuman itu, katanya, beliau memegang portfolio Pembangunan Tanah & Sumber Alam, Kewangan & Tindakan Ekonomi, Pemodenan Pentadbiran & Digitalisasi Kerajaan, Komunikasi Strategik, Pendidikan & Pembangunan Modal Insan.

Diikuti Ng Sze Han sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan & Perdagangan, Pembangunan IKS & Wilayah Ekonomi, Mobiliti Selangor, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri (LIMAS).

Ir. Izham Hashim (Kemajuan Infrastruktur, Pemodenan Pertanian & Perladangan; Borhan Aman Shah (Perumahan & Pembangunan Bandar Lestari, Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu & Warisan.

Ng Suee Lim (Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan, Pembangunan Kampung Baru dan LIMAS; Datuk Rizam Ismail (Kemajuan Desa & Luar Bandar, Kemampanan Kampung Tradisi dan Perpaduan Nasional).

Jamaliah Jamaluddin (Kesihatan Awam, Alam Sekitar, Perubahan Iklim & Teknologi Hijau); Mohd Najwan Halimi (Pembangunan Belia & Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan & Ekonomi Kreatif dan Pengurusan Bencana).

Papparaidu memegang portfolio Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asli & Minoriti dan LIMAS); Dr. Mohammad Fahmi Ngah (Hal Ehwal Agama Islam, Industri Halal dan Infrastruktur Digital).

Manakala Anfaal Saari diberi portfolio Pemberdayaan Wanita & Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan.

Amirudin mengumumkan portfolio itu tengah hari ini selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco kali pertama bagi penggal baharu pentadbiran Selangor di aras 20 bangunan pentadbiran kerajaan negeri bermula jam 10 pagi.

Mesyuarat dimulakan dengan sesi angkat sumpah watikah pelantikan dan kerahsiaan oleh semua ahli MMKN di hadapan Amirudin.

Daripada 10 anggota Exco itu, tiga muka lama dan selebihnya muka baharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast