Inisiatif kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melaksanakan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) telah mula membuahkan hasil apabila ramai usahawan dalam kalangan B40 berjaya dilahirkan. PEKB berjaya melahirkan usahawan kecil yang berpendapatan lumayan sekali gus mengeluarkan mereka dari garis kemiskinan.