KUALA LUMPUR – UMNO akan mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Melaka yang menyertai program kempen Perikatan Nasional (PN), malam tadi.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, beliau akan menerima laporan berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang dilihat hadir ke majlis pengumuman calon PN di Bakri, Johor.
“Saya akan terima laporan itu dan kita akan lakukan sesuatu,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Himpunan Solidariti Wanita bersama Presiden ‘Mempertahankan Institusi Presiden’ di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.
Hadir sama adalah Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan naib ketuanya, Datuk Norliza Abdul Rahim.
Terdahulu, Muhammad Jailani mempertahan kehadirannya ke majlis kempen PN bukan atas kapasiti ADUN UMNO.
Menurut akhbar The Star, Muhammad Jailani berkata, dia hadir pada majlis itu bagi pihak Muafakat Nasional (MN), sebuah NGO yang diterajui oleh bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa.
“Saya mewakili Annuar (di sini) kerana Muafakat Nasional berpegang teguh dengan kepercayaan kepada perpaduan ummah.
“Kebetulan, semangat yang sama dikongsi oleh PN. Kami percaya perpaduan ini tidak mati dan kami tidak bermusuhan dengan mana-mana parti politik,” kata Muhammad Jailani. – MalaysiaGazette
Piang betul ZAHID HAMIDI ni.. YB tu declared bukan kapasiti ADUN masih tidak percaya tapi DAP HINA UMNO dan ZAHID SAKAU PENYAMUN di PENTAS kempen Pilihanraya kemudian “orang lain” kata itu pendapat PERIBADI boleh pula kau sengih-sengih setuju tanpa desak minta maaf… ini pelik.. kena tanya bini dia ni.. ZAHID ni TELOR dia masih normal ke…
Anuar Musa yg maki hamun UMNO tu kaaaa? Tu ko katakan Perpaduan Ummah? Mudin Sembab penyamun yg kata nak kuburkan UMNO tu kau kata Muafakat Nasional? Ko ni menang sbg Adun pun atas tiket UMNO musibat..