KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengesahkan cadangan penggabungan UMW Holdings Berhad (Kumpulan UMW), dengan Sime Darby Berhad (Sime Darby), sebuah syarikat multinasional Malaysia dalam sektor perindustrian dan permotoran, dengan operasi di seluruh Wilayah Asia Pasifik.
Menurutnya, Sime Darby telah menandatangani perjanjian pembelian saham bersyarat (SPA) dengan PNB untuk mengambil alih 61.2% kepentingan PNB dalam Kumpulan UMW.
Kedua-dua syarikat adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat strategik PNB.
Katanya, penggabungan dua pemimpin dalam industri automotif ini adalah didorong oleh peluang untuk mengukuhkan kehadiran PNB dalam sektor automotif di peringkat tempatan dan serantau, selain merangsang agenda elektrifikasi, yang dijangka memacu pertumbuhan pelaburan, meningkatkan kecekapan, dan mencipta nilai untuk pemegang unitnya.
“Langkah strategik ini juga adalah sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 oleh kerajaan, yang akan menyokong pertumbuhan selanjutnya sektor automotif terutamanya dalam meletakkan kedudukan negara sebagai hab automotif bagi rantau ini,” tambah PNB. – MalaysiaGazette
Sime Darby beli 61.2% kepentingan dalam UMW Holdings pada harga RM3.57 bilion