KUALA LUMPUR – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Disember tahun ini hingga 7 Mac 2024.
Menerusi hantaran di Facebook, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan ujian amali sains dijadualkan pada 5 hingga 7 Disember, diikuti ujian bertutur Bahasa Melayu pada 8 hingga 11 Januari.
Ujian bertutur bahasa Inggeris pula pada 17 hingga 23 Januari 2024.
Manakala ujian mendengar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pada 29 Januari 2024.
Ujian bertulis SPM pula dijadualkan pada 30 Januari hingga 7 Mac 2024.
KPM berkata, jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 telah mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan negeri. – MalaysiaGazette