isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi menolak cadangan supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) didakan bagi melakukan semula pemilihan parti.

Menurut Mohd. Puad, pemilihan telah dibuat tahun lalu daripada jawatan Naib Presiden hingga kepada cawangan.

“Pada saya tidak perlu. Pemilihan parti telah dibuat tahun lalu dari peringkat Naib Presiden sampai ke cawangan. Naib Presiden orang baru dan majoriti Ketua Bahagian juga orang baru.

“Bahkan selepas UMNO hilang kuasa pada tahun 2018, pemilihan parti dibuat dari atas sampai ke bawah. (Datuk Seri Ahmad) Zahid kalahkan KJ dan Tengku Razaliegh,” katnya.

Beliau mengulas gesaan veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah supaya pemilihan parti diadakan semula bagi mendapatkan sokongan majoriti ahli parti itu.

Mohd. Puad berkata, EGM tidak perlu dilakukan hanya bagi memutuskan pemilihan parti sebaliknya apa yang UMNO perlu lakukan ‘bedah siasat’ terhadap keupayaan parti itu.

“Pemilihan tetap berlaku. Tahun lalu parti yang putuskan tidak ada pertandingan nombor 1 dan 2.

“Lebih baik buat post mortem terperinci di semua peringkat dan laksanakannya. Lebih mikro dan fokus,” katanya dalam kenyataan.

Tengku Razaleigh minggu ini berkata, pemilihan perlu diadakan semula untuk menghidupkan semula UMNO susulan prestasi buruknya dalam PRN 12 Ogos lalu.

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, parti hanya akan mengalami pembaharuan sebenar menerusi proses pemilihan.

UMNO baru mengadakan pemilihan parti 2022 lima bulan lalu. Jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan selepas perhimpunan agung parti meluluskan usul tidak bertanding pada Januari lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Puad Zarkasi ni merupakan Si KITOL. Dia adalah antara 15 beradik Si KITOL dalam UMNO. ZAHID HAMIDI…. faham-faham lah.
    Ingat 15 BERADIK SEJIWA lain EMAK… BAPAK tidak dapat di kenal-pasti DNA ASAL keturunan

Comments are closed.