IPR KitaJaga
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Seramai 26 orang dilantik bagi menganggotai Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Industri Ke-4 (MED4IRN).

Majlis tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebagai Ketua Sekretariat.

Kementerian Ekonomi berfungsi sebagai pemudahcara untuk inisiatif ekonomi digital negara dengan menyelaras usaha lintas-kementerian melalui MED4IRN.

Rafizi berkata, melalui rangka kerja MED4IRN, kerajaan mengambil pendekatan bersepadu dalam membangunkan ekosistem ekonomi digital yang cergas melibatkan sektor awam dan swasta.

Menurut beliau, proses pemilihan ahli majlis dilaksanakan melalui panggilan terbuka dengan pakar dan profesional daripada pelbagai sektor mengemukakan pencalonan.

Pelantikan dibuat hasil saringan ribuan pemohon yang menyahut
jemputan Kementerian Ekonomi agar jawatankuasa kerajaan turut disertai oleh penggiat industri yang ada kepakaran di segenap peringkat.

“Majlis ini akan bertanggungjawab merangka dasar, berkongsi nasihat pakar dan membimbing pelaksanaan di semua peringkat pentadbiran dan sektor-sektor ekonomi.

“Kepentingan merangkul transformasi digital tidak boleh dipandang enteng.

“Pengamalan perubahan digital bukanlah lagi suatu pilihan; ia adalah suatu keperluan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial, dan daya saing global,” katanya dalam kenyataan.

MED4IRN memainkan peranan menetapkan hala tuju strategik dan memberikan pemantauan yang diperlukan untuk menjadikan negara sebagai ekonomi berteraskan digital.

Senarai Ahli MED4IRN

Pengerusi: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Sekretariat: Rafizi Ramli

Pengerusi Kluster:
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali

Menteri dengan portfolio berkaitan:
Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

Sektor swata, industri, akademik, kumpulan pemikir, pertubuhan
Prof Madya Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim
Mohd Ridzwan Nordin
Warren Leow Jia En
Tan Aik Keong
Abu Bakar Ngah
Rajifah Ramli
Chin Kah Yi
Raj Ridvan Singh
Lim Yee Mei
Mohammed Faiz Shaul Hamid
Jasbir Singh S/O Maktiar Singh

Ex-Officio
Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron
Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia Datuk Rodzi Md Saad

Ahli Tangkas
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din
Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Sdn Bhd Syed Ibrahim Syed Noh.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast