KDNK Terengganu
Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ‘ada negeri diberi keutamaan dalam belanjawan Persekutuan, tapi tiada perancangan ekonomi yang baik’ mengundang rasa tidak selesa Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mempersoalkan, sama ada Rafizi boleh membina hubungan yang lebih harmoni dengan negeri.

Tegasnya, senarai projek pembangunan di semua negeri adalah melalui proses perbincangan dan penilaian pakar, agensi dan kementerian sebelum menjadi senarai dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

“Bila kata bincang, bermakna kementerian-kementerian termasuk Kementerian Ekonomi telah berbincang sebelum ini dengan semua Kerajaan Negeri. Bukan bincang tepi jalan.

“Itu tanggungjawab bersama dan bukan Negeri seorang diri. Kenapa Negeri yang nak diperlekehkan? Politiklah tu.

“Saya tidak ingin menyebut angka-angka, atau peratusan nombor semua perkara ini, kerana pihak Menteri sepatutnya membaca angka-angka ini dan melihat nama fail sebelum membuat kenyataan sedemikian,” tegas beliau.

Ahmad Samsuri berkata, Senarai Bersama dalam Jadual Kesembilan diwujudkan melalui semangat Persekutuan yang mengukuh terutama selepas Pilihanraya dijalankan.

Katanya, negara tidak akan bergerak ke hadapan sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak dapat duduk berbincang secara hormoni dengan Kerajaan Negeri.

“Jika ada Yang Berhomat Menteri yang marahkan rakyat Negeri Terengganu kerana memilih kami dalam pilihan raya baru ini, biarlah saya jadi galang ganti untuk dimarahi. Jangan dera rakyat kerana pilihan mereka,”  tegas Ahmad Samsuri.

Beliau yang mengumpamakan kenyataan Rafizi sebagai ‘mengail ikan tetapi mata kail di kaki sendiri’ mengingatkan, hasil yang diperolehi dan dikumpulkan oleh negara adalah diperolehi dari semua rakyat dan negeri.

Katanya, hasil dari negeri diangkut ke Persekutuan dalam bentuk yang dipersetujui bersama dan bukannya rampasan.

“Ya ada perkara berpolitik, dan ada perkara yang kena keluar dari politik. Jiwa besarlah sikit kawan. Kita perlu jiwa besar, bukan merasa diri besar atau merasa superiority complex.

“Pandangan kita walau hebat macamana pun, ada kalanya kena berpijak di alam nyata. Tidak rugi untuk duduk mendengar pandangan rakyat di bawah,” kata Ahmad Samsuri sambil menambah rakyat akan muak dan benci ahli politik yang hanya mementingkan diri.

Rafizi dilaporkan berkata, Kerajaan akan menambah baik agihan peruntukan kepada negeri, dalam Belanjawan 2024 bagi memastikan ia lebih adil, terutama untuk negeri yang tidak mendapat peruntukan tinggi sebelum ini.

Namun, katanya, sebahagian negeri tidak mempunyai perancangan ekonomi yang baik.

“Sarawak memang mendapat peruntukan tinggi tetapi ia turut disertai dengan perancangan ekonomi yang baik pada peringkat negeri, jadi pertumbuhan ekonominya adalah baik.

“Bagaimanapun, kita tidak mendapat perkara sama di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis contohnya.

“Jadi, ia hanya satu hala yang mana tiap-tiap tahun, (meminta) tolong beri peruntukan yang lebih, sedangkan mereka memang sudah dapat (peruntukan) antara yang paling tinggi,” kata Rafizi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. formula TERBAIK adalah minta rakyat buat Declaration keluarkan Rafizi Formula dari jemaah Menteri. Juga “NEXT” government boleh buat seperti KES RUJUK dari puak-puak ni .. Tidak bersalah jika kerajaan MADANON perlu disentap dengan segera

  2. Ehhh ni dah terbalik…negeri2 dgn Menteri2 Besar Badut yg maki hamun PMX mcm org gila…tetiba ko kata kerajaan Pusat plak? Jaga perangai negeri tu…belajar tinggi2 tapi akhirnya jd bodoh sbb fanatik dgn Lebai Hadi…

Comments are closed.