KUALA LUMPUR – ‘Tatt Guan’ tidak ada kaitan dengan aplikasi Wavpay yang dikendalikan Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd bagi memohon Insurans Am Selangor (INSAN).
Bekas Exco Pelaburan, Industri dan Perdagangan Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, pengendali aplikasi itu telah membeli lesen peminjam yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) daripada ‘Tatt Guan’.
“Wavpay hanya membeli lesen tersebut untuk menjalankan aktiviti mikro kredit di apps atau pelantar Wavpay dan tidak membuka kedai.
“Tatt Guan sudah tidak wujud lagi. Gambar yang ditular adalah gambar lama. Pengeluaran dan pemindahan pemilikan juga perlu diluluskan oleh KPKT,” kata Chang Khim dalam kenyataan.
Chang Khim berkata, Waypay hanya mengenakan kadar faedah sebanyak 15 peratus berbanding kadar yang dibenarkan 18 peratus setahun di bawah akta berkaitan.
Beliau mendakwa, tidak ada syarikat peminjam wang yang mengenakan kadar yang lebih rendah daripada 18 peratus dan tidak termasuk caj-caj terlindung tinggi yang lain.
“Tetapi Wavpay hanya mengenakan kadar faedah 15 peratus setahun, 3 peratus lebih rendah daripada pasaran.
“Ini adalah kerana sebagai sebuah syarikat dimilik sama oleh Kerajaan, Wavpay menganggap kadar 3 peratus yang diturunkan itu sebagai sumbangan CSR kepada masyarakat.
“Wavpay juga ketat dalam proses menilai permohonan untuk pinjaman untuk memastikan mereka yang mampu membayar balik untuk diberikan pinjaman supaya pinjaman itu tidak digunakan untuk membayar hutang pinjaman yang lain,” jelas beliau.
Tambah Chang Khim, antara sebab kerajaan menggalakkan e-dompet adalah untuk memudahkan aktiviti dan perkhidmatan perbankan boleh diperluaskan kepada rakyat berpendapatan rendah.
Mikro kredit adalah salah satu daripada aktiviti penting dalam aplikasi e-dompet.
Rakyat katanya, tidak perlu memberikan cagaran atau jaminan yang sukar untuk mereka sediakan bagi mendapatkan pinjaman mikro kerana semua aplikasi e-dompet menyediakan perkhidmatan tersebut.
Seorang pempengaruh media sosial Muhamad Harris Nasril berkata, dia menyemak maklumat Wavpay di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mendapati Chang Khim adalah salah seorang pengarah syarikat itu.
Chang Khim kemudian mengakui beliau dilantik sebagai Pengarah Wavpay oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dalam penggal yang lepas dan sedang menunggu keputusan sama ada perkhidmatan itu akan disambung semula.
Skim Insurans Hayat mendapat perhatian selepas terdapat kebimbangan data peribadi pengundi di Selangor telah disalahgunakan.
Beberapa pemilik akaun Facebook kemudiannya mengaitkan Wavpay dengan syarikat peminjam wang milik ‘Tatt Guan’ berikutan nombor syarikat yang sama dalam papan iklan.-MalaysiaGazette
Biarlah pihak polis menyiasat perkara ini dan buat statement, baru majoriti rakyat jelas. Nafi2 ni susah nak percaya? Ini perkara jenayah berat kerana mencuri data peribadi rakyat.
Tapi siasatan ni nampak berjalan sedikit perlahan. Minta semua pihak termasuk rakyat yang terinaya berikan kerjasama terbaik kepada pihak polis.
Dikatakan mastermind kes 1MDB kini sedang menyorok diluar negara, maka merengkoklah Najib didalam penjara! Itulah siapa suroh percaya sangat dengan penyakau2 tu?
Kes insuran Selangor ni pula siapa pula mastermindnya?Yang dikatakan telah mencuri data peribadi rakyat? Siapa pula yang akan merengkok kali ini?
Sama2 tunggu siapa yang kena?