Calon Pakatan Harapan (PH) P.161 Pulai, Suhaizan Kayat (kiri) mengangkat tangan bersama calon Perikatan Nasional (PN) P.161 Pulai, Zulkifli Jaafar (kanan) dan Calon Bebas P.161, Pulai Samsudin Mohamad Fauzi (tengah) selepas diumumkan sebagai calon sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai Ke-15 di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 26 OGOS 2023.

JOHOR BAHRU – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan bebas, 9 September ini.

PH mempertaruhkan Suhaizan Kayat dari Parti Amanah Negara (Amanah) yang merupakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor yang juga Setiausaha Politik Allahyarham Salahuddin manakala PN meletak Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi bertanding atas tiket bebas.

Zulkifli adalah Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pulai dan Samsudin adalah Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL).

Samsudin akan menggunakan simbol kunci.

PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salehudin Ayub yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Salahudin meninggal dunia pada 23 Julai lalu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Ipoh selepas disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar dan menjalani pembedahan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal pada 5 September.

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya bagi PRK Parlimen Pulai, Miswan Yunus ketika mengumumkan perkara itu berkata, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) menerima kertas pencalonan daripada tiga calon berkenaan dan tiada pencalonan ditolak.

Sementara itu, PRK untuk Dewan Undaangan Negeri (DUN) Simpang Jeram turut menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Nazri Abdul Rahman dari PH menentang Dr Mohd Mazri Yahya (PN) dan S Jegananthan mewakili bebas.

Nazri yang merupakan jurutera Majlis Perbandaran Muar (MPM) adalah Timbalan Ketua Amanah kawasan Bakri manakala Dr. Mohd. Mazri merupakan pakar bedah endovaskular.

Pegawai Pengurus PRK DUN Simpang Jeram Jamil Hasni Abdullah mengumumkan ketiga-tiga calon sebaik sahaja tempoh proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.

Dalam PRU15 November lalu, Allahyarham Salahudin memenangi kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti 20,989 undi mengalahkan calon BN, Datuk Nur Jazlan Mohammed yang mendapat 23,026 undi dan calon PN, Loh Kah Yong yang meraih 14,432 undi.

Manakala DUN Simpang Jeram yang turut ditandingi Allahyarham Salahudin, memenangi kerusi itu mengalahkan calon PN, Zarul Mohamad Zahrul Salleh dengan majoriti 2,399 undi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Lain macam sambutan diberikan kepada YB Sanusi di Johor!

    Ianya sebuah phenomena… jom kekal istiqamah anak2 muda Johor yang bijaksana lagi bistari.

  2. Terbaik…jgn benarkan manusia seperti Sanusi membawa budaya kurang ajar kpd Istana ke Johor ..Bangsa Johor tidak biadab seperti kamu..Jom bangsa Johor kita benamkan puak2 penunggang agama yg datang dari Kelantan dan Kedah yg merosakkan perpaduan bangsa Johor..Negeri kita negeri maju..jgn kita jd mundur seperti mereka..

Comments are closed.