Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Gabungan perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram adalah ujian ketiga bagi kerjasama Kerajaan Perpaduan Madani.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, selepas dua ujian dilalui bersama, parti itu dan Pakatan Harapan (PH) melihat kesefahaman serta keserasiannya semakin baik.

“Saya harap bangsa Johor yang akan mengundi di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan menitikberatkan perpaduan dan kemajuan yang kami tawarkan,” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis perjumpaan bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan di Johor Bahru malam tadi.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salehudin Ayub yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Salahudin meninggal dunia pada 23 Julai lalu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Ipoh selepas disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar dan menjalani pembedahan.

Dalam PRU15 November lalu, Allahyarham Salahudin memenangi kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti 20,989 undi mengalahkan calon BN, Datuk Nur Jazlan Mohammed yang mendapat 23,026 undi dan calon PN, Loh Kah Yong yang meraih 14,432 undi.

Manakala DUN Simpang Jeram yang turut ditandingi Allahyarham Salahudin, memenangi kerusi itu mengalahkan calon PN, Zarul Mohamad Zahrul Salleh dengan majoriti 2,399 undi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. AZALINA OTHMAN ni kata-kata dia Bangsa Johor boleh abaikan… lihat diri dia… apa Bangsa Johor nak ikut atau nak banggakan… mungkin wasiat dia Jabatan Pemegang Amanah yang layak ambil.

Comments are closed.