Calon Pakatan Harapan (PH) P.161 Pulai, Suhaizan Kaiat bercakap kepada media selepas Lawatan ke Pusat Daerah Mengundi Sungai Danga sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Kampung Sungai Danga, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM. 27 OGOS 2023.

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi Parti Amanah, Suhaizan Kaiat menolak dakwaan yang kononnya ada cawangan UMNO peringkat bahagian menolaknya sebagai calon  Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

Malah beliau melihat perkara itu lebih kepada sentimen provokasi pihak tertentu.

Sebaliknya Suhaizan menjelaskan beliau diterima dalam kalangan parti PH atau Barisan Nasional (BN).

“Saya sudah pergi kepada tiga komuniti ini, satu di Sembang. Kemudian di Pekaka dan sekarang di Danga. Petang ini Insya-Allah saya akan pergi dengan Datuk Seri Ahmad Maslan ke PDM (Pusat Daerah Mengundi) UMNO dan saya dapati wujudnya keterbukaan ahli UMNO untuk menerima satu politik baharu yang dilaksanakan kepimpinan UMNO dengan mewujudkan kerjasama Kerajaan Perpaduan PH-BN.

“Saya ingin memaklumkan bahawa yang menurunkan banner (tak sokong beliau) itu adalah sahabat daripada UMNO sendiri, itulah yang menunjukkan bahawa bukan mereka yang buat tetapi ada pihak lain yang cuba melaksanakan provokasi.

“Saya rasa cukup yakin kalau usaha-usaha ini diteruskan lagi maknanya kepimpinan UMNO selepas ini mereka akan turun ke PDM dia akan dapat satu kesan yang baik dalam makna menyeluruh untuk memberikan penerangan kepada ahli-ahli UMNO yang berjumlah 18,000 orang.

“Kalau ada penolakan jadi bagaimana kita boleh ada pertemuan di dewan ini Kampung Seri Mohamed Rahmat. Saya rasa dakwaan itu tidak benar,” tegasnya.

Beliau berkata demikian Ketika melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Balairaya Kampung Sungai Danga hari ini.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan terdapat penolakan dalam kalangan ahli parti itu terhadap calon Kerajaan Perpaduan dalam PRK  Parlimen Pulai.

Beliau membuat penafian itu selepas satu kain rentang dinaikkan pihak tidak dikenali mendakwa sebagai ahli parti peringkat cawangan menolak pencalonan Suhaizan mula tular di media sosial.

“Ini merupakan satu taktik kotor yang dibuat pihak-pihak tertentu dengan hasrat untuk mengelirukan pengundi dan juga ahli-ahli UMNO Bahagian Pulai kerana kita sedang berdepan PRK.

“Sebagai Ketua UMNO Bahagian, saya berikan jaminan kepada PH dan Suhaizan sendiri iaitu kami akan terus menyokong calon Kerajaan Perpaduan dalam mempertahankan kerusi Parlimen Pulai ini,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. jika PAS menipu kenapa umNONGOK dan P akatan Hancing PELIWAT naik angin dan GELABAH

    Rujuk statement orang TAKBUR DAN pemFITNAH

    ANWAR MUNAFIK..PAS TERIMA RM90JUTA dari umnoNGOK,,,,PRU 15 TERIMA DANA TOKEH BABI JUDI
    KEDAH dalam GENGAMAN 19 DUN…MAHMPOS OMAR
    YAKIN MENANG 6.0 AHMAD MASLAN
    TIDAK ADA DUN GELOMBANG HIJAU DI PPINANG
    ZAHID MUNAFIK UMUNKAN RASUAH BESAR2an d TRENGGANU

    UMNGOK MENYEMBAH PADA DAPIGS d PERAK dn PAHANG UTK JADI MB wlaupun telah HILANG TELOR kemaluan
    P akatan H ancing munafik meneruskan BUDAYA Umnongok dalam plihanraya menggunakan agensi kerajaan media dan tabur rasuah peruntukan

  2. sengal betul Suhaizan Kaiat ni… moral pertemuan jadi SUKATAN? Ini calon MP PH di jaja ke hulu ke hilir status hebat? Macam tak baca BUKU je dia ni….

Comments are closed.