JOHOR BAHRU – Pemuda UMNO mengakui menghadapi cabaran bagi memujuk akar umbi parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai bagi memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH).
Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, namun ia bukan tembok penghalang untuk memastikan calon Suhaizan Kayat mendapat tempat dalam kalangan pengundi.
“Sudah tentu kita mempunyai cabaran kerana kita tak bertanding kali ini selepas tidak pernah gagal menurunkan calon di kawasan Parlimen Pulai. Ini kali pertama UMNO tidak bertanding disini jadi itu sudah tentu ada cabaran.
“Tetapi kita ada strategi tersendiri untuk duduk dan cari akar umbi untuk duduk dan fahamkan akar umbi kita dan insyallah kita akan dapat dizahirkan pada 9 September ini.Insyallah,” katanya pada sidang media selepas program santai bersama Pemuda UMNO di Medan Selera Taman Cempaka, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Md Shah dan calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat.
Kelmarin, Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan akan memujuk ketua cawangan bahagian itu yang menolak calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai.
Nur Jazlan dilaporkan berkata, beliau akan berusaha keras untuk memujuk ketua dan ahli Umno di peringkat akar umbi bagi memberikan sokongan padu kepada Suhaizan.
Dalam pada itu, Dr Mohd Akmal yang juga Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka berkata, kehadiran Pemuda UMNO di Parlimen Pulai membuktikan solidariti dengan calon PH dan kerajaan Perpaduan.
“Bukan kita nak menafikan kepada orang lain tetapi kita nak buktikan gelombang biru dan merah ini membawa masej perpaduan bukan perpisahan anatar satu sama lain.
“Alhamdulilallah setakat ini kita oleh bagi seratus peratus jentera kita untuk bantu memenangkan calon kita dalam kerajaan perpaduan,” katanya. – MalaysiaGazette
Jom anak2 muda Bangsa Johor sama2 kita turun berkempen dan memangkah calon PN. InsyaAllah kita mampu mengubahnya.
Kekal istiqamah, peace!