Erling Haaland. Foto BBC Sport.

LONDON – Penyerang sensasi, Manchester City, Erling Haaland dinobatkan sebagai Pemain Terbaik di Anugerah PFA 2022/23.

Haaland beraksi cemerlang pada musim pertama bersama City dan membantu kelab itu menjuarai treble musim lalu termasuk Juara-Juara buat kali pertama, selain mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga.

Secara keseluruhan, Haaland, 23, menikmati musim pertama yang hebat bersama City apabila menjaringkan 52 gol dalam semua pertandingan.

Pemain sayap Arsenal pula, Bukayo Saka dari Arsenal dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik PFA 2022/23 selepas dia menjadi tonggak Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris di mana mereka hampir bergelar juara musim lali

Pemain pemain Arsenal dan Man City mendominasi senarai Kesebelasan Terbaik PFA musim ini di mana ada lima pemain City dan empat pemain Arsenal berada dalam senarai.

Aaron Ramsdale menewaskan pemenang Sarung Tangan Emas EPL musim lalu, David De Gea untuk bergelar penjaga gol pilihan PFA 2022/23.

Sementara itu, Harry Kane yang kini bersama dengan Bayern berjaya menempatkan dirinya dalam senarai XI terbaik.

Seorang lagi pemain yang bukan dari Man City atau Arsenal ialah Kieran Trippier yang cemerlang mengetuai Newcastle untuk menempatkan diri dalam slot Liga Juara-Juara musim ini. – MalaysiaGazette