JOHOR BAHRU – Suhaizan Kayat optimis untuk bertemu lebih ramai pengundi di kawasan itu sebelum membuat pecutan terakhir menjelang hari pengundian 9 September ini.
Calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai ini berkata, beliau sudah menemui kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan 40 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Parlimen itu.
“Kita akan masuk seluruh Pulai untuk berjumpa dan bersemuka dengan pengundi,” katanya ketika berkempen di Restoran Abda hari ini.
Setakat enam hari kempen berlangsung, Suhaizan yang juga bekas Speaker Dewan Uundangan Negeri (DUN) Johor melahirkan rasa puas hati dengan sambutan yang diterima termasuk daripada pengundi muda.
“Sambutan anak muda menerusi program-program yang dianjurkan adalah baik,” ujarnya.
Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar dan bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar di dua kerusi jangka berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas. – MalaysiaGazette