SPRM ventilator
Muhamad Akmal Salleh

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan membuat laporan polis di seluruh negara susulan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bercuti tanpa menyelesaikan tugasnya terlebih dahulu.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, kegagalan Peguam Negara bercuti tanpa menyiasat kesahihan dokumen enam pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menjejaskan keyakinan rakyat kepada sistem perundangan negara.

“Atas dasar prihatin dan memegang teguh kepada Rukun Negara ke-3 dan ke-4, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

“Laporan polis bagi mendesak satu siasatan dijalankan dan tindakan wajar diambil untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap sistem perundangan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 18 Ogos lalu, Dr Akmal dalam satu kenyataan mendesak supaya satu siasatan dijalankan berkenaan kesahihan dokumen yang didakwa “Memo Dalaman” Jabatan Peguam Negara bertarikh 10 Oktober 2019

Bagaimanapun Pergerakan Pemuda UMNO berasa dukacita apabila Jabatan Peguam Negara telah mengumumkan Idrus kini sedang bercuti sehingga beliau bersara pada 6 September ini.

Dalam pada itu, Dr Akmal berkata, tindakan Peguam Negara mengumumkan bercuti tanpa memberikan hasil siasatan menyebabkan isu ini tergantung tanpa ada sebarang jawapan.

“Sehingga ke hari ini, tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengesahkan kesahihan dokumen tersebut.

“Ini secara tidak langsung memberikan impak negatif kepada tahap keyakinan orang awam kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast