Sergio Reguilon. Foto Sky Sports.

LONDON – Bek kiri Sergio Reguilon selesai menjalani ujian perubatan di Manchester United sebelum disahkan sebagai pengganti Luke Shaw yang cedera.

Shaw mengalami kecederaan paha ketika tewas 2-0 di tangan Tottenham Hotspur.

Sebelum ini,  selain Reguilon, pemain Chelsea, Marc Cucurella turut dipertimbang sebagai sasaran utama.

Menurut wartawan pakar perpindahan Fabrizio Romano, mereka bersetuju dengan perjanjian untuk mengikat Reguilon secara pinjaman semusim.

Difahamkan kelab itu akan cuba “menebus klausa” dalam kontrak pemain itu yang boleh dilakukan pada Januari depan.

Pemain Sepanyol itu dijangka memenuhi kekosongan disebabkan kecederaan Shaw dan Tyrell Malacia.

Shaw dibimbangi mungkin terpaksa berehat hingga 10 minggu susulan kecederaan semasanya.

Reguilon, 26, menyertai Tottenham pada tahun 2020 namun menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Atletico Madrid selepas dipinggirkan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast