KUALA LUMPUR – Program Temu Anwar akan berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada hari Ahad ini.

Acara ini bertempat di Dewan Sultan Iskandar.

Menerusi hantaran di Facebook, perdana menteri mengajak warga Johor Bahru untuk turut serta dalam program ini.

“Seperti kelaziman, peserta yang hadir diberi ruang secara terus untuk bertanyakan apa jua soalan kepada saya.

“Insya-Allah, ruang ini kita gunakan sebaiknya dalam mencambah budaya wacana yang sihat dan segar,” katanya.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com. – MalaysiaGazette